
Pusat Ikan Hiasan Port Dickson , Selain dari pusat rujukan dalam industri ikan hiasan, disini juga terdapat Galeri Ikan Hiasan yang menempatkan pelbagai jenis ikan hiasan yang semestinya menarik perhatian anda dan juga anak-anak. Kalau yang jenis minat ikan hiasan tu, percayalah, anda akan habiskan masa yang sangat lama di sini. Ruang pameran yang besar dan selesa. Paling best, ianya ber-aircond! Jadi, sangat sesuai untuk dilawati bersama anak-anak kecil. Terletak di alamat Batu 7, Jln Pantai Teluk Kemang 71050 Port Dickson , Buka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
#pusatikanhiasanportdickson
#pusatikanhiasan