
Banjaran Nakawan terletak di bahagian utara semenanjung Malaysia,bermula dari Kuala Perlis sehingga Wang Kelian di sempadan Malaysia -Thailand menyimpan pelbagai khazanah alamsemulajadi yang kekal terpelihara sehingga ke hari ini.Antara lokasi yang menarik di Banjaran Nakawan seperti Gua Kelam, Gua Wang Burma,Gunung Perlis dan sebagainya.
Tontonilah ‘pengembaraan realiti’ kami dalam siri Eksplorasi Banjaran Nakawan 2012 ini mendaki Gunung Perlis,menjejak titik permulaan utara semenanjung Malaysia dan batu sempadan Malaysia-Thailand,serta penerokaan EKSTREM Gua Wang Burma 1&2.
**Antara paparan menarik dalam tayangan video ini:
Hari Pertama:
-Pengembaraan dari KL ke Taman Negeri Perlis,Wang Kelian
-Cabaran mendaki Gunung Perlis (733m),Menjejak titik permulaan utara Semenanjung Malaysia
dan batu sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand.
-Sesi santai bbq,suaikenal di Asrama Penginapan Taman Negeri Perlis
Hari Kedua:
-Cabaran penerokaan EKSTREM Gua Wang Burma 1 (Kering),dan Gua Wang Burma 2 (Basah
-Keindahan pembentukan ‘Stalatiq dan Stalagmit’ di dalam Gua Wangv Burma 1&2
-Keindahan air terjun berhampiran pintu masuk Gua Wang Burma 2
-Jalan-jalan di Pekan Wang Kelian (sempadan Malaysia-Thailand)
-Dan banyak lagi..
Selamat Menonton
Majulah dunia rekreasi luar (OUTDOOR) Malaysia di mata dunia.