Uptown Puchong Night Bazaar menjadi sebuah destinasi membeli-belah dan makan-minum yang unik dan digemari ramai di Puchong.

Ia adalah bazaar Uptown pertama di Malaysia yang berbumbung dan tersusun. Konsep moden di dalam perniagaan larut malam ini menampilkan lebih 400 unit perniagaan yang menawarkan pelbagai jenama dan produk dengan harga mampu-milik seperti pakaian, kasut, aksesori telefon bimbit, salon rambut, barangan perhiasan diri dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda juga, UPNB sudah mula beroperasi sejak dari tahun 2015 lagi dan tahap kebersihan uptown ini memang terbaik. Dekat sini anda bukan hanya boleh membeli belah sahaja, kalau nak karaoke pon boleh sebab ada satu pusat karaoke dibuka di UPNB untuk anda yang suka menyanyi.

Medan selera UPNB yang terletak di bahagaian depan menawarkan pelbagai hidangan makan dan minum dengan harga yang amat berpatutan.

Tepuk dada, tanya selera. Beraneka masakan tempatan dan antarabangsa dapat dinikmati di food court yang selesa dan bersih ini. Antara makanan yang harus dicuba di sini adalah Char Kuey Teow, Maggi Ketam, Chicken Chop, Lamb Chop & Nasi Ayam.

Kalau anda gemarkan makanan laut, kami syorkan Mafioso Shell Out yang menawarkan pengalaman makan beramai-ramai yang seronok. Tanpa pinggan, tapi habis licin semua makanan!

UPNB juga menyediakan skrin LCD besar untuk pengunjung yang datang menonton perlawanan bola sepak sambil menikmati makanan lazat dan sedap. Live buskers juga akan beraksi untuk menghiburkan semua orang.

Pada pandangan kami, UPNB adalah uptown yang paling selamat dan selesa untuk membeli-belah di waktu petang atau malam. Mana tidaknya, premis ini dilengkapi dengan kawalan keselamatan selama 24 jam.

Persekitaran yang bersih, tersusun dan terang membolehkan anda membeli-belah dengan mudah dan senang hati. Keselesaan kepada pengunjung merupakan matlamat utama UPNB.

📍Uptown Puchong Night Bazaar
PT 69303, Jln Puchong, Taman Meranti Jaya, 47100 Puchong, Selangor

#UptownPuchongNightBazaar #uptownpuchong #uptown #travelblogger #PilihanTerbaikTravellers
#foodie #MYfoodie #malaysianfood #vlog #jjcm
#beautifulscenery #tempatmakan #nightlife
#foodie #foodhunting #foodreview #puchong
#friedfood #seafood #deepfried #fish #prawns #squid #foodphotography #foodstagram #foodiereview #foodporn #foodie #foodiegram #instafood #malaysianfood #malaysiafoodie #thehungryfoodie #travelblogger #happy #buskers
#travelphotography #staycation #shorttrip
#instatravel #travelgram #instagood #shopping
#feedfeed #foodblog #foodshare #kakijalan
#tourism_malaysia #domestictravel #kakimakan #malaysiatrulyasia #foods #tempatmakanterbaik #tempatmakansedap #tempatmakantiptop #tempatmakanpadu #tempatmakanbest #tempatmakanmalaysia #malaysiafoodstagram #tempatmakanviral #myfoodiesharing #myfoodie
#singgahmakan #gopro10black #gopro10

🌟My channel are base on how make money on youtube. Every video might not the same but somehow all video has one purpose. How to make money with it.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *